Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga mahasistua di menara gading, upsi. Bersabarlah untuk menempoh segala dugaan yang mendatang..

About Me

My photo
Be humble always and stay evergreen..

Friends

Apakah perubahan yang anda lakukan sekiranya menjadi Guru Besar Berkesan?

Tuesday, March 30, 2010

Bila Hati Berbicara

1. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

2. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

3. Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

4. ".. .. kadangkala kita dipertemukan dan bercinta dengan orang yang salah sebelum dipertemukan dan bercinta dengan orang yang tepat .. .."".. .. jangan terlalu memikirkan tentang orang yang layak dan berhak untuk mencintai sebaliknya fikirkanlah untuk menjadi orang yang layak dan berhak untuk dicintai .. .."".. .. kadangkala cinta itu kian mekar hanya ia hadir dalam suasana yang pudar .. .."

5. ".. .. percik asmara membuai rasa .. .. indah dunia bagaikan syurga .. .. terserah pada kita untuk menjadi pencinta bijaksana .. .. menjaga hati memesra jiwa mendakap iman teguh di dada .. .." anak manja gebeng .. .. ilham itu ibarat cinta, dicari ia pergi dihitung ia hilang namun bila datang tak perlu undangan .. .. kita harus menjaga dan menikmatinya .. .. ahah .. ..

6. "aku ingin mencintaimu dengan sederhana, dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu..aku ingin mencintaimu dengan sederhana, dengan kata yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..""i love you not only for what you are, but for what i am when i am with you..""dia tidak indah di mata mu, tidak juga menggetarkan batin mu.. tetapi dia ada di hati mu..""love is not about finding the right person, but creating a right relationship. it's not about how much love you have in the beginning, but how much love you build till the end.."


7. Bagi mereka yang berkasih hayatilah kata - kata ini :Cinta kepada bunga , bunga akan layu . Cinta kepada makhluk , makhluk akan mati . Cinta kepada ALLAH akan kekal selamanya .Kita boleh bercinta sesama makhluk iaitu manusia . Tetapi perlulah ada batas batasnya . Kita jangan terlalu ghairah mengejar cinta , kelak kita sendiri akan binasa . Tidak kira walau apa pun yang kita lakukan , mestilah berlandaskan hukum hukum Allah s.w.t . Kita jangan terlalu leka dengan kehendak dan tuntutan dunia , kerana ia akan merugikan diri kita . Kemana jua kita pergi , dimana jua kita berada , setiap saat , setiap waktu , ingatlah ALLAH sentiasa . INGAT . Jangan sesekali kita melupai Allah Taala , kerana buruk padahnya . Diingatkan sekali lagi , bukan penyakit yang datang mencari kita . Tetapi kita yang mencari penyakit . Ia diibaratkan seperti menempah maut , membujur lalu . Jangan kita jadi seperti pepatah orang melayu " RUMAH KATA PERGI , KUBUR KATA MARI , MASIH TAK SEDAR DIRI ".

8. Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.


Dipetik dari Jom share kata-kata hikmat cinta - Posted by nur.elyani at 6:17 PM

BIla Hati Berbicara