Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga mahasistua di menara gading, upsi. Bersabarlah untuk menempoh segala dugaan yang mendatang..

About Me

My photo
Be humble always and stay evergreen..

Friends

Apakah perubahan yang anda lakukan sekiranya menjadi Guru Besar Berkesan?

Sunday, April 25, 2010

 
Posted by Picasa
 
Posted by Picasa
 
Posted by Picasa

Saturday, April 24, 2010

PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

MONDAY, SEPTEMBER 7, 2009(BERITA HARIAN)

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik.

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:

1. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
2. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelaran, debagai sebahagian daripada subjek tersebut dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
3. Menggunakan ICT untuk menigkatkan produktiviti,kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.

Posted by Puteri Miow

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Multimedia Dalam Pendidikan

Di dalam dunia teknologi maklumat masa kini, di mana kita sering dihujani dengan maklumat yang begitu banyak, adalah amat penting bagi kita untuk menguruskan maklumat-maklumat ini supaya ianya memberi makna kepada kita. Jika tidak, maklumat ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita. Kita yang berada di dalam dunia pendidikan ini perlulah melihat kepada penggunaan teknologi yang canggih dalam membentuk sistem yang dapat membantu memberi pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar.

Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia untuk bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa jika ianya tidak menggunakan kaedah yang betul untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penggunanya.

Dalam dunia pendidikan subjek utamanya adalah guru dan pelajar. Adanya guru kerana adanya pelajar. Guru dan pelajar sama-sama telibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah suatu proses dua hala di mana guru mengajar atau menyampaikan ilmu dan pelajar belajar iaitu menerima atau menimba ilmu.

Dalam sesuatu pengajaran secara tradisi, walaupun tidak dinafikan akan kejayaan yang telah diperolehi, namun ianya juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan kekangan. Komunikasi sehala banyak berlaku di mana seseorang guru berperanan sebagai penyalur maklumat manakala pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Penyediaan alat bantu mengajar juga adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya. Ini boleh mengurangkan minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.

Kehadiran komputer serta teknologi multimedia di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban dan kekangan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran tradisi. Bagaimanakah penggunaan multimedia ini dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

Mudah Memahami Konsep

Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep. Dengan adanya gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi, pelajar lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Sebagai contoh, dalam mengajar Sistem Pencernaan Manusia, guru boleh menggunakan teks, grafik dan animasi bagi menunjukkan apa yang berlaku kepada makanan yang dimakan oleh seseorang bermula daripada makanan itu dimasukkan ke dalam mulut sehinggalah ia diserap ke dinding usus dan bahan buangan dikeluarkan dari badan sebagai najis.

Dalam topik Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk dalam Matematik Tingkatan Empat, misalnya, penggunaan gambar dan video boleh digunakan bagi menunjukkan penggunaan konsep nisbah trigonometri dan sudut dongakan dan sudut tunduk untuk menyelesaikan masalah harian seperti menganggar tinggi tiang bendera. Dengan cara ini, konsep yang dibina dapat diperkukuhkan lagi.

Mengingat Lebih Lama

Dalam dunia pendidikan, penilaian dalam bentuk ujian dan peperiksaan amat penting bagi menguji keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keputusan peperiksaan yang cemerlang amat penting bagi pelajar untuk melayakkan diri mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Setiap pelajar mempunyai kemampuan pembelajaran yang berbeza (Gardner, 1993). Pelajar yang pencapaiannya sederhana dalam sesuatu mata pelajaran perlu dibantu bagi membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Dalam zaman era teknologi maklumat ini, multimedia dapat membantu pelajar ke arah itu. Konsep yang digunakan ialah ‘membawa guru balik ke rumah pelajar bagi membantu pelajar membuat ulangkaji’.

Menurut Gagne (1985) untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran pelajar perlu mengulangi pelajaran itu beberapa kali. Kaedah pembelajaran berulang menjadikan sesuatu perkara itu mudah difahami dan diingati lebih lama. Penghasilan VCD Fokus Skrin, dengan merakam penerangan guru mengenai sesuatu konsep dan rakaman dibuat berfokus kepada skrin komputer atau LCD.

Pelajar seolah-olah melihat penerangan guru kepada sesuatu konsep di rumah dan jika kurang faham boleh diulangtayang seberapa banyak kali yang dikehendaki sehingga faham. Ini dapat mengatasi defisit pembelajaran di dalam kelas. VCD ini boleh digunakan juga apabila hampir dengan peperiksaan untuk mengingat kembali konsep yang telah diajar.

Menarik minat pelajar

Sesetengah mata pelajaran seperti Matematik, merupakan suatu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar. Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat menarik minat pelajar kepada subjek berkenaan. Multimedia memudahkan pemahaman-pemahaman idea-idea Matematik yang abstrak. Ia membantu dalam penyiasatan masalah Matematik dan menunjukkan maklumbalas perubahan bentuk objek atau ukuran secara spontan. Contohnya, dengan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP), perubahan satu titik pada objek akan mengubah bentuk objek tersebut, perubahan nilai data akan mengubah nilai data berkaitan secara spontan dalam MS-Excel.

PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)

sumber oleh: Ummi Munaliza on 26 April, 2009, 12:53:11 PM
--------------------------------------------------------------------------------

1)Bentuk kolonialisme baru dunia

Globalisasi merupakan satu proses meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit. Sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan, “globalisasi” didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia semakin mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku seperti globalisme, era teknologi maklumat, kapitalisme, dan liberalisme memberi kesan yang amat besar terhadap kemerdekaan. Kolonial baru dan tatacara baru dunia merupakan rancangan kuasa Barat untuk menakluki semual kebebasan yang telah dicapai oleh negara-negara membangun. Globalisasi telah meluaskan lagi pengaruh kolonialisme baru terhadap negara-negara membangun. Negara membangun yang masih lemah dari segi teknologi maklumat tidak dapat menyekat perkembangan teknologi maklumat yang mengancam kemerdekaan yang dicapai. Globalisasi merintis gelombang perubahan baru dunia yang mengukuhkan lagi asas ideologi tatacara percaturan baru dunia. Penjajahan bentuk baru, khususnya melalui internet terhadap negara membangun merupakan agenda politik yang mengancam kemerdekaan negara membangun.

Di samping itu, dengan runtuhnya beberapa ideologi politik dunia yang sangat berpengaruh seperti komunisme, dan sosialisme adalah dipercayai bahawa percaturan adalah dipercayai bahawa percaturan politik tatacara baru akan mengancam kemerdekaan negara-negara membangun. Usaha bagi membawa demokrasi ala-Barat menimbulkan masalah di negara membangun kerana keadaan politik dan sistem sosial di negara membangun adalah amat berbeza dengan negara-negara Barat.

KE ARAH AMALAN KREATIVITI GURU VS TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN?

KE ARAH AMALAN PENGAJARAN GURU YANG BERKESAN:

PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN
ATAU BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI GURU.

PENGENALAN

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi
penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Oleh itu, proses P&P perlu diberi ‘sentuhan’ yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran yang disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman mereka. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran-pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid.
Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Keadaan di mana para pelajar tidak memberi tumpuan dalam peroses P&P adalah wujudnya pertentangan minat mereka disebabkan kebergantungan guru sepenuhnya terhadap kurikulum yang telah ditentukan untuk diajar kepada para pelajar diperingkat-peringkat tertentu sehingga usaha para guru tertumpu kepada menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses pengajaran yang sepatutnya (Atan Long, 1982). Justeru, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah. Menurut Zawawi Hj. Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-mata dengan hanya menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Hal ini kerana, sekiranya seorang guru hanya berbuat demikian maka langkah tersebut belum lagi menjamin prestasi pengajaran yang tinggi. Dalam pada itu, konsep ‘pengajaran guru dan pembelajaran murid’ menurut beliau lagi merupakan konsep menggunakan pendekatan yang positif bagi menggerakkan motivasi dalaman murid disamping menyampaikan isi pelajaran yang dikuasai oleh seorang guru. Konsep ini juga sebagai suatu usaha bagi menimbulkan rasa perlu murid untuk mengikuti pelajaran dan mereka akan berasa rugi sekiranya tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan.
Sementara itu, Abd.Ghafar Md.Din (2003) mengemukakan proses pengajaran mempunyai ciri-ciri sains kerana ia melibatkan penyelidikan, pemerhatian dan mempunyai rumusan-rumusan sebagaimana bidang sains. Tambah beliau lagi, proses ini juga dianggap sebagai suatu seni kerana seorang guru perlu kreatif agar menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan seseorang guru. Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang seniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon dengan menggunakan pergerakan badan, mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi memenuhi kesempuranaan proses pengajaran yang dilaksanakan. Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap proses pengajaran serta faktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke arah mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan. Bagi tujuan tersebut kajian berhubung isu proses pengajaran perlu diperhalusi agar ia menjanjikan keberkesanan sistem pendidikan semasa melalui falsafahnya untuk melahirkan generasi seimbang yang cemerlang dalam akademik dan pembangunan insan.

KE ARAH PROSES PENGAJARAN BERKESAN
Arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari segenap aspek mahupun lapangan kehidupan umum. Perubahan positif merupakan anjakan yang perlu dihasilkan bagi mewujudkan kedinamikan untuk menghadapi cabaran-cabaran baru seiring perkembangan semasa. Justeru, pendidikan masakini perlu kepada pembaharuan bagi merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri yang patut disalurkan kepada para pelajar. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadap aspek pengajaran khususnya dalam bilik darjah menjadi asas pencapaian kecemerlangan akademik buat para pelajar. Dalam pendidikan formal, proses pengajaran menjadi elemen terpenting bagi mencapai keberkesanan isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran berkesan akan hanya dicapai menerusi pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian oleh seorang guru untuk mencapai objektif pengajarannya terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Hal ini melibatkan kemahiran serta penguasaan penuh guru terhadap pelajaran yang disampaikan. Persediaan mantap berkaitan kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru membolehkannya menjalankan proses P&P dengan penuh keyakinan dan semangat tinggi. Dengan demikian, guru akan dapat memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan
adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran
terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran bersturktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan.
Mewujudkan proses pengajaran yang berkesan memerlukan kepada komitmen guru
sepenuhnya. Ia melibatkan perancangan dan strategi serta kemahiran guru yang padu dalam mengorganisasi proses P&P bilik darjah. Langkah awal dalam membentuk satu proses pengajaran yang berkesan adalah dengan menilai pertindanan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang menjadi dasar objektif proses P&P. Guru seharusnya memerlukan segala persediaan yang rapi meliputi pengetahuan dan kemahiran penyampaian isi pelajaran agar membuka minda dan minat pelajar. Dengan itu, terbentuklah suasana pembelajaran yang melibatkan tindak balas positif dan tingkah laku aktif para pelajar. Selain itu, interaksi sosial guru dan pelajar merupakan sebahagian daripada beberapa faktor ke arah keberkesanan pengajaran. Hubungan dua hala (guru-pelajar) yang baik perlu diwujudkan oleh setiap guru agar masalah berkaitan pelajar dapat diselesaikan seterusnya para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses P&P. Adalah menjadi keutamaan dalam proses pengajaran untuk mengelakkan daripada berlakunya penyertaan pasif dikalangan pelajar disebabkan kurangnya perhatian dan fokus serta ketidakselesaan mereka semasa mengikuti proses P&P. Justeru, guru berperanan memberikan motivasi agar para pelajar dapat mengikuti segala maklumat pengetahuan yang disampaikan sepenuhnya. Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran turut menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran. Menurut Atan Long (1982) bahawa sesuatu alat penyampaian terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajar akan dapat menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan pelajar-pelajar untuk belajar. Sehubungan itu, penyediaan bahan pengajaran yang bertepatan dengan isi pelajaran akan membawa dimensi baru dalam pembelajaran para pelajar bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka. Seiring perkembangan semasa, proses pengajaran memerlukan satu usaha yang dapat menjana perkembangan proses pembelajaran pelajar . Kedinamikan proses pengajaran melalui daya kreativiti mahupun penggunaan teknologi masakini menjadi asas ke arah melahirkan amalan proses pengajaran berkesan. Seterusnya hal ini akan menjadikan proses P&P di sekolah dapat memberi sumbangan sepenuhnya kepada pencapaian kecemerlangan para pelajar serta memperkasakan lagi sistem pendidikan sedia ada.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi.
Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkat usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi pengkomputeraan dalam proses pengajaran sememangnya member implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan. Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sebagai alat pentadbiran, alat penyelidikan dan media pengajaran-pembelajaran (V. Pang, Y.K Yap dan Y.M. Tam, 1992). Jelas bahawa penggunaan komputer secara meluas telah memudahkan kerja-kerja mentadbir dan mengurus bahkan sebagai instrumen yang dapat membantu ke arah mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Proses pengajaran dengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti power point, internet, online, website dan sebagainya dapat membantu para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran sekiranya ia dilaksanakan dengan teliti dan terancang . justeru, kebolehan guru dalam mengaplikasikan teknologi ini akan memberi nafas baru terhadap proses pembelajaran pelajar yang akan meningkatkan dan meluaskan pemerolehan ilmu pengetahauan dikalangan mereka.
Kecenderungan penggunaan teknologi penkomputeran dalam pendidikan telah
mewujudakan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Ia juga dikenali sebagai
Computer Aided Instruction (CAI). Sistem ini telah mewujudkan inovasi dalam proses P&P dikalangan guru dan pelajar. Pengajaran berasaskan sistem ini adalah dalam bentuk tutorial elektronik, latih tubi, simulasi dan penilaian pengetahuan pelajar seperti kuiz dan sebagainya. Pembentukan sistem pembelajaran seperti ini melibatkan perkakasan-perkakasan teknologi komputer seperti bahan kursus dan perisian. Bahan kursus adalah hasil dariapada perancangan isi dan strategi PBK berdasarkan objektif pengajaran dan kumpulan sasaran yang telah dipindahkan (diprogramkan) dalam bentuk yang dapat difahami komputer. Manakala perisian pula adalah sesuatu aturcara yang mengandungi arahan-arahan untuk melaksanakan sesuatu tugasan pada dijalankan oleh Yusri Mat Johor (2004) mendapati 92.5% daripada 40 orang guru sejarah di 12 buah sekolah menengah dalam daerah Bentong, Pahang bersetuju bahawa penggunaan komputer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran sejarah. Hal ini menunjukkan peggunaan komputer bukan sahaja berdasarkan kelebihan internet, malahan dalam proses pengajaran yang menggunakan aplikasi teknologi komputer dapat menggabungkan elemen-elemen teks, grafik/visual, audio, video dan animasi untuk membolehkan proses pengajaran menjadi lebih kreatif dan hidup. Di samping itu, terdapat juga sistem yang melibatkan penggunaan teknologi computer dalam proses pengajaran. Pembelajaran Diuruskan Komputer (PDK) atau Computer Managed Instruction (CMI) berperanan dalam menguruskan hal-hal pengajaran. Ini merujuk kepada penggunaan komputer yang membantu guru memainkan peranan sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, komputer bertindak dalam mengawal (monitors) pembelajaran dan kemajuan pelajar dengan mentadbirkan pelajaran serta ujian berasaskan komputer, menyimpan rekod pencapaian dan menjanakan laporan prestasi mereka untuk rujukan guru dan pelajar itu sendiri. Oleh itu, sistem ini telah member kemudahan dalam mengorganisasi pengurusan pelajar seterusnya menjadikan proses P&P lebih sistematik dan efisien. Kepesatan dan perkembangan teknologi komputer menerusi jaringan tanpa sempadan (internet) juga memberi manfaat bagi menambahkan lagi sumber-sumber maklumat pengetahuan. Menerusi teknologi jalur lebar ini pelbagai disiplin ilmu telah dimuatkan untuk memudahkan pengaksesaan di merata tempat. Secara langsung, para guru yang dapat mengaplikasikan kemudahan ini akan dapat memperkenalkan pelajar-pelajarnya menerokai maklumat-maklumat terkini yand dapat diterapkan dalam isi pelajaran yang ingin disampaikan. Kemajuan teknologi komputer pada era kini sebagai wahana proses P&P dapat mempertingkatkan dan memperkembang proses pengajaran yang berkesan ke arah membentuk generasi celik minda dan penguasaan terhadap kandungan pelajaran.

MASALAH-MASALAH BERKAITAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM
PENGAJARAN
Penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran sememangnya
mendatangkan banyak manfaat bagi proses pembelajaran pelajar. Namun disebalik itu, tidak dinafikan wujudnya masalah-masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan akan adanya kemudahan ini. Yusri Mat Johor (2004) mengemukakan masalah penggunaan komputer di sekolah yang masih pada tahap kritikal dan sukar untuk diatasi adalah seperti berikut:

1. Bilangan komputer
Bilangan peruntukan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak
mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium
pengajaran bagi para pelajar.

2. Kos pembelian dan pengurusan komputer
Berkaitan hal ini, kos yang tinggi untuk mendapatkan komputer dan kerja-kerja
pengurusan yang melibatkan kemahiran tertentu menjadi faktor penghalang bagi
menjayakan penggunaan teknologi komputer sepenuhnya dalam proses pengajaran. Oleh itu, adalah lebih baik kos yang sedia ada dipergunakan untuk tujuan lain yang dapat menambah baik kemudahan sekolah bagi member keselesaan bagi para guru dan pelajar.

3. Keberkesanan penggunaan komputer
Keberkesanan penggunaan komputer dalam proses pengajaran sememangnya
menjadi kemudahan bagi para guru dan pelajar. Namun, hal ini memerlukan
penguasaan guru terhadap segala aplikasi computer untuk dimuatkan dalam
menghasilkan sesuatu proses pengajaran. Sekiranya, bahan yang dihasilkan
menerusi komputer tidak dapat menarik para pelajar untuk mengikuti isi pelajaran
maka segala usaha guru dianggap tidak berbaloi bahkan menyebabkan pembaziran
masa.

4. Kemahiran guru dalam mengendalikan komputer
Penggunaan komputer memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Justeru,
bagi mengaplikasikan teknologi ini dalam proses pengajaran menuntut kepada
kemahiran daripada guru itu sendiri. Tegasnya, hanya terdapat sebilanag kecil
sahaja di kalangan para guru yang dapat mengendalikan dan menguasai aplikasi
komputer ini sepenuhnya. Oleh itu, kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh para
guru gagal memberi manfaat penuh kepada proses pengajaran yang melibatkan
penggunaan komputer. Tegasnya, penggunaan teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran bukanalah suatu yang mudah untuk dilaksanakan walaupun ia dilihat berpotensi dalam mempertingkatkan lagi proses P&P. Sehubungan itu, kebergantungan sepenuhnya dengan teknologi ini perlu dinilai dengan sewajarnya agar semua kelompok dalam sistem pendidikan mendapat manfaat yang sama sekaligus mengurangkan jurang pengetahuan di antara para pelajar bandar dan luar bandar.

KREATIVITI GURU MEKANISME PENGAJARAN BERKESAN
Menjadikan proses pembelajaran berkesan dalam setiap sesi pengajaran isi pelajaran
menjadi fokus utama bagi setiap pendidik. Suasana pembelajaran yang dilatari keceriaan dan keharmonian proses pengajaran menjadi pemangkin ke arah mencapai objektif pelajaran yang telah dirancangkan. Sehubungan itu, guru sebagai individu persuatif kepada pelajar memainkan peranan penting bagi mewujudkan suatu bentuk proses P&P yang mampu memberi daya tarikan di kalangan para pelajar. Tegasnya, kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru yang ditunjangi daya kreativiti menjadi asas utama berhubung isu ini. Kreativiti dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individu-individu kreatif dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan berguna bagi manusia (Jauhara Hj. Tak, 1995). Hal ini merujuk kepada kebolehan serta kemahiran yang dapat dimanipulasi untuk menghasilkan sesuatu yang asli, bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, penghasilan satu bentuk pengajaran melalui daya kreativiti disifatkan sebagai satu wadah pembelajaran yang memberi kesan ke atas satu-satu isi pelajaran. Justeru, adanya daya kreativiti bagi seorang guru yang dapat disesuaikan dengan proses pengajarannya akan menghidupkan lagi suasana dan meransang penyertaan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Fromm (1959) mengemukakan berkenaan individu kreatif sebagai seorang yang selalu melihat kepada yang baru. Oleh itu , individu seperti ini akan memperlihatkan sifat kedinamikan dalam setiap tingkah laku dan juga pemikirannya. Dalam konteks keguruan kreativiti berperanan sebagai momentum yang akan menghasilkan satu proses pengajaran berkesan seterusnya menjadi asas ke arah merealisasikan kecemerlangan akademik pelajar. Sementara itu, Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) mengemukakan Kreativiti bagi seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran dinamik. Para guru yang memiliki daya kreatif seringkali mendatangkan banyak idea baru selain dapat mengatasi masalah dengan menggunakan bahan-bahan serta situasi-situasi tertentu dengan cara luar biasa. Jelaslah bahawa sekiranya daya kreativiti ini dapat dijelmakan dalam proses pengajaran oleh seorang guru maka proses pembelajaran pelajar-pelajarnya akan mendapat limpahan maklumat pengetahuan maksimum. Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekatan kreatif oleh seorang guru menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minat pelajar dalam mengikuti isi pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, kreativiti guru yang mewarnai proses pengajarannya akan menjadikan suasana pembelajaran yang kondusif selain membuka ruang untuk pelajar dalam memahami sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati terhadap apa yang telah mereka pelajari itu. Malahan kreativiti guru tersebut juga secara langsung menanam nilai murni kepada pelajar supaya melahirkan sesuatu yang berinovasi dalam pemikiran mereka. Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan juga meliputi hubungan dua hala antara guru dan murid. Bagi menjamin kelangsungan setiap isi pelajaran yang disampaikan hubungan ini akan merangsang tindak balas (respons) daripada kedua-dua pihak. Perhubungan guru dan pelajar terutamanya dalam bilik darjah berperanan sebagai medium yang menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat diterima sepenuhnya oleh para pelajar. Sehubungan itu, mewujudkan suatu suasana yang dapat mempengaruhi minda dan respons pelajarnya.
Selain itu, komunikasi yang baik diantara guru dan pelajar akan mewujudkan kemesraan yang memberi kesenangan dalam proses pembelajaran sekaligus memberi input pengetahuan bermanfaat bagi para pelajar. Justeru, guru sewajarnya memberi penekanan terhadap hal ini agar dapat menyumbang ke arah proses pendidikan melalui peningkatan dan perkembangan hubungan sosial positif terhadap setiap anak didiknya. Kreativiti dalam proses pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yang digunakan oleh seorang guru terhadap penyampaian kandungan pelajarannya. Kemahiran yang ada dalam menguruskan hal-hal ini akan arah membentuk kefahaman mereka. Abd Ghafar Md. Din (2003) menyatakan hal ini bergantung kepada beberapa faktor yang melibatkan masa pengajaran, jumlah pelajar, bahan pengajaran dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi, dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran atau teknik pelajar tidak akan berasa bosan. Oleh demikian, teknik atau kaedah pengajaran yang bersesuaian akan menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Oleh itu, ia melibatkan kemahiran dan idea-idea kreatif seorang guru bagi menguruskan hal- hal ini.

Dalam proses pengajaran ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti pelajar.
Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus menjamin keberkesanannya ia haruslah
memberi fokus kepada kecenderungan pelajar. Ini melibatkan kebebasan memilih
pendekatan serta teknik P&P mengikut kemampuan pelajar agar dapat memberi sepenuh perhatian. Dengan demikian, daya kreativiti guru menjadi asas dalam mencorakkan proses pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan pelajar menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal.

Selain itu, kreativiti guru dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran semasaproses P&P dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada para pelajar. Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan mencambahkan minda dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu serta mendedahkan mereka kepada realiti dunia semasa. Misalnya, dalam matapelajaran sains yang membincangkan berkenaan biologi, guru dapat mengaitkan konsep biologi tersebut dengan teknologi pengklonan yang telah dijalankan oleh beberapa negara maju di dunia dan menimbulkan pelbagai perspektif masyarakat. Secara tidak langsung perkaitan seperti ini akan menjadikan para pelajar terus menerokai secara mendalam lagi berkenaan isi pelajaran yang disampaikan. Tuntasnya, kemahiran dan kebolehan para guru dalam mengendali setiap proses P&P bergantung kepada keupayaan kreativiti mereka dalam mempelbagaikan corak penyampain isi pelajaran. Justeru, proses pengajaran sedemikian akan menjadikan pelajar dapat mengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta dapat menguasai pemikiran mereka supaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses P&P dilaksanakan.

KESIMPULAN
Keberkesanan proses pengajaran dalam proses P&P merupakan aspek yang sangat
penting dalam sistem pendidikan. Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat usaha-usaha ke arah amalan pengajaran berkesan memerlukan kepada daya kreativiti dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran. Ini dapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana penguasan maksimum para pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan. Sungguhpun kemudahan teknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masakini menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun keberkesanannya dalam proses pengajaran hanya dillihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi mewujudkan kedinamikan proses P&P tanpa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan teknologi pengkomputeran.

RUJUKAN
Atan Long (1982), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: penerbit fajar bakti
Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip Dan Amalan Pengajaran, Kuala Lumpur: utusan
publications & distributors sdn. Bhd
Isahak Haron & Koh Boh Boon (1992), Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi,Kuala Lumpur:
utusan publications & distributors sdn.bhd
Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Kuala Lumpur: Heinemann
educational books (Asia) Ltd
Jauhara Hj. Tak (1995), Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif Dalam
Pendidikan,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
V. Pang, Y.K. Yap & Y.M Tam (1992), Buku Sumber Komputer Dalam Pendidikan, Selangor:
longman malaysia sdn. Bhd
G.S Rao, A.K. Roa, Zoraini Wati Abas & Wan Fauzy Wan Ismail (1991), Pembelajaran
Berbantukan Komputer, Selangor: penerbit fajar bakti sdn. Bhd
Yusri mat johor (2004), Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Sejarah Tingkatan Tiga,
Kertas Projek Ijazah Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Zawawi hj. Ahmad (1992), Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM, edisi kedua, Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Robiah Sidin & Hassan Langgulung (1980), Ke Arah Pembentukan Guru-Guru Yang Kreatif,
Kertas Kerja Tambahan Konvensyen Pendidikan Kelima, Jab. Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

DEFINISI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Definisi pertama menegaskan teknologi dalam pendidikan adalah satu alat; Definisi kedua memberi penerapan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan definisi ketiga mengatakan teknologi dalam pendidikan adalah satu bentuk sains atau cara yang sistematik dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekalipun ketiga-tiganya memberi penekanan yang berbeza, tetapi satu unsur yang tidak dapat ditinggalkan daripada semua definisi tersebut adalah tujuan teknologi dalam Pendidikan - untuk memperbaiki pencapaian dan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sesebuah bilik darjah.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan adalah suatu alat, prinsip dan pendekatan saintifik dalarn merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi yang dapat membuka jalan kepada pelajar untuk menguasai atau memperolehi matlamat pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu kurikulum atau mata pelajaran. Definisi ini juga tidak boleh meninggalkan keperluan terhadap peralatan tertentu seperti bahan bercetak, bahan multimedia, bahan elektrik dan sebagainya.
Sehubungan dengannya, guru literasi Matematik mempunyai tanggungjawab besar dalam menerapkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran literasi Matematik di dalam bilik darjah. Mereka bertanggungjawab dalam menentukan pelbagai objektif pengajaran mahupun memilih pendekatan dan teknik yang sesuai untuk mencapai setiap objektif tersebut dengan menggunakan teknologi. Guru perlu menentukan teknologi mana yang dapat membantu mereka dalam langkah atau pelaksanaan pengajarannya supaya objektif yang telah dirancang dapat dicapai. Dalam soal ini, guru berperanan dalarn merancang, melaksana dan menilai keberkesanan sesuatu sesi pengajaran berbantukan teknologi terkini. Guru perlu juga ingat bahawa peranan teknologi adalah untuk membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukannya menjadi matlamat atau objektif dalam melaksanakannya. Ini bermakna, walau secanggih mana pun sesuatu teknologi itu Berjaya dihasilkan pada masa ini tetapi ia tidak dapat menggantikan peranan guru dalarn sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Thursday, April 22, 2010

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

This is the html version of the file http://www.sajadstudio.info/kplisr/Topik%201-Teknologi%20Pendidikan.ppt.
Google automatically generates html versions of documents as we crawl the web.

Pengenalan

Apakah yang anda fahami berkaitan dengan Teknologi Pendidikan?

Teknologi Pendidikan
Maksud ‘Teknologi’
Teknologi boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia

Teknologi Pendidikan
Teknologi daripada perkataan latin;
“Teknos” – Teknik/cara/kaedah
“Logos” _ Kaji/belajar/ ‘Study’
• ‘Mengkaji/Mempelajari teknik/ cara’
atau
• Teknologi bermaksud kaedah, cara, idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan.

Teknologi Pendidikan
Teknologi:
Bahasa Yunani “techne” – kemahiran

Teknologi Pendidikan
Teknologi
Kata Galbraith (1967)
…the systematic application of scientific knowledge and other organized knowledge to practical tasks.
…kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.

Teknologi Pendidikan
Teknologi
Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969)
• Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.

Teknologi Pendidikan
Teknologi:
Kata Evans dan Nation (2000)
“Technology is not a tool – it is an art or science of how to use a tool for a purpose.”

Teknologi Pendidikan

Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan?
Apakah pula yang dimaksudkan dengan pengajaran?


Teknologi Pendidikan
Pengajaran:
Mengikut Robert Glaser (1962), proses pengajaran meliputi empat komponen yang penting iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sediaada, kaedah mengajar dan penilaian.

Teknologi Pendidikan
Pengajaran:
Kata Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, 1991
Dari segi pendidikan, pengajaran merupakan suatu aktiviti atau proses yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku, sikap atau kepercayaan pelajar. Proses pengajaran melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penghuraian, demonstrasi, penggunaan alat bantu mengajar, bersoal jawab dan sebagainya.

Teknologi Pendidikan
Pengajaran:
Kajian Wan Zah Wan Ali (2000)
4 Kategori pengertian pengajaran:
• Menyampaikan maklumat,
• Memindahkan maklumat,
• Mendorong maklumat,
• Membina manusia yang lebih baik


Teknologi Pendidikan
Pengajaran:
Kata Ramsden,(1993); Trigwel, Prosser & Lyons,(1997)
Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakakan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti.


Teknologi Pendidikan

1. Berlaku kekeliruan di antara teknologi pendidikan dengan teknologi pengajaran,
• Ada yang mengatakan sama sahaja antara teknologi pendidikan dengan teknologi pengajaran. Konsep yang tidak statik.

3. Sekarang ramai yang menggunakan istilah teknologi pengajaran kerana teknologi pendidikan lebih luas jika dibandingkan dengan teknologi pengajaran


Teknologi Pendidikan
Satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


Teknologi Pendidikan
• Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan

Crowell (1971)
Encyclopedia of Education


Teknologi Pendidikan
• Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk mereka dan membina sesuatu bagi menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran

Good (1973)
Dictionary or Education

Teknologi Pendidikan

• Teknologi pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan pendidikan dan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ia menimbulkan pembelajaran

Uhwin, Derek (1976)
Applying Educational Technology

Teknologi Pendidikan
Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988)Pendidikan

Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Bahagian Teknologi Pendidikan (1991)


Teknologi Pendidikan
AECT (1979)

Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal.
Dipetik daripada Yusup Hashim,1998

Teknologi Pendidikan
Kata Seels dan Richey (1994)
“Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management, and evaluation of processes and resources for learning.”
Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun,mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.
sajap@iptb.edu.my
http://www.sajadstudio.info

Wednesday, April 21, 2010

LITERASI MAKLUMAT

Ciri-ciri seseorang yang “Information-Literate”Mengakses maklumat secara efisien dan berkesan.
Menilai maklumat secara kritis dan cekap.
Mengguna maklumat secara kreatif dan berkesan.
Berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan
pribadi, akademik dan kerjaya.
Menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastra dan penulisan kreatif.
Berusaha ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu.
Menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik.
Mengamalkan tingkahlaku yang baik (etika) berhubung dengan maklumat dan IT.
Mengambil bahagian secara berkesan dalam kumpulan bagi
mendapatkan maklumat dan menjana ilmu.
Pelajar yang berjaya dalam “information-rich and technology-based world of today and tomorrow” adalah pelajar-pelajar yang ada:
Literasi Pembacaan – pembaca tekun dan berkebolehan
Literasi Teknologi – pengguna alat-alat teknologi yang canggih pelajar yang terus belajar
Literasi Maklumat:
- pengurus maklumat
- pemikir yang kritis
- dapat berhubung dengan berkesan
- pengguna maklumat yang bertanggungjawab

Tuesday, April 20, 2010

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Petikan daripada: http://www.abdulkuddus.blogspot.com/ Terima Kasih

Teknologi secara amnya telah wujud sejak dulu lagi ketika penggunaaan kertas dan pen serta beberapa bahan alat-alat yang wujud sebelum datangnya era teknologi yang penuh digital iaitu teknologi komputer, kalkulator, telefon bimbit dan sebagainya, walaupun pada hakikat saya pun memikirkan bahawa teknologi hanyalah bermula apabila manusia mula mencipta komputer tetapi telah bermula sejak sekian lama.

Sebenarnya skop teknologi amatlah luas peranannya sebagaimana ia telah banyak membantu tamadun manusia berkembang dengan pesat apabila bermula era perkomputerna di era 90an, dan semakin bertambah bilangannya apabila ternyata ia banyak menyelenggarakan gerak kerja dengan pantas dan mudah. Maka dengan itu, kerajaan telah mengambil satu langkah drastik dengan membentuk satu kerajaan yang sistematik dan teratur yang digelar e-kerajaan sebagai langkah mentadbir dan mengurus segala perancangan dan pemerintahan dengan lebih telus dan berkesan.

Teknologi pada asasnya merangkumi pelbagai aspek iaitu yang pertama Teknologi sebagai Objek yang terdiri daripada mesin-mesin elektronik dan alat-alat, senjata dan seumpama. Alat-alat ini sebenarnya melibatkan penggunaan tenaga manusia bersama mesin-mesin untuk menghasilkan sesuatu bahan. Kemudian kita beralih kepada Teknologi sebagai Pengetahuan iaitu bagaimana teknologi inovasi ini dapat menyampaikan maklumat menerusi internet dan mudah didapati kepada mereka yang memerlukan kepadanya. Seterusnya Teknologi sebagai Aktiviti, iaitu manusia menggunakan teknologi untuk melakukan kerja dengan lebih teratur dan kemas, meningkatkan lagi kemahiran yang ada ke tahap yang lebih baik dan berkualiti serta digunakan sebagai persidangan untuk forum-forum yang membincangkan seseuatu hal melibatkan pihak-pihak yang jauh dan sukar ditemukan pada suatu tempat tetapi mampu menghasilkan penghasilan gerak kerja yang berkualiti. Kemudian Teknologi juga sebagai Proses iaitu menjadi satu daya keperluan dan kemudiannya diakhirinya dengan penyelesaian. Justeru itu, Teknologi bertindak sebagai Sistem Manusia (Sosiatechnical) iaitu gabungan objek lain dengan manusia contohnya pembelajaran jarak jauh (PJJ) menerusi internet dengan lebih mudah dan menjimatkan.

Pada sudut yang lain pula, penyesuaian kepada perubahan persekitaran di tempat mengajar adalah titik tolak kejayaan untuk mendidik pelajar dengan lebih berkesan. Ia sebenarnya adalah hasil dari guru yang 'transform" diri mereka bukan dari segi zahir tetapi mental untuk merubah sesuatu keadaan yang sebelumnya amat berbeza dengan situasi tersebut namun akhirnya dapat diatasi apabila guru berjaya merubah gaya penyampaian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar sekolah kepada para pelajar.

FACIAL EXPRESSIONS

TIPS YOU SHOULD KNOW ABOUT FACIAL EXPRESSIONS
Here is a list of tips you need to know:
• Be yourself. - Don't try to copy the facial expression style of someone else. For example, just because your favorite professional speaker starts his or her presentations by telling a story using exaggerated facial expressions doesn't mean it will work for you.
• Don't overdo it. - Some people intentionally try to control their facial expressions by forcing themselves to smile or use another expression that isn't natural to them. Watch out for "fake" facial expressions that have a negative impact on your speech or compromise your sincerity.
• Practice in front of a mirror. - Notice what expressions you use while speaking. Study how to control your facial Create different moods. - While practicing in front of the mirror, see if your facial expressions convey the mood you want to create. If your face isn't showing any emotion, stop, refocus, and try again.
• Think about what you are saying. - Focus on your message and communicating with your audience, and your facial expressions will follow.

Monday, April 12, 2010

IT MEMANUSIAKAN GURU

KEMAMPUAN MENGAJAR GURU:
Teori , Strategi dan Perkaedahan Dalam Pendidikan Komputer.

1.0 Pendahuluan
Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland(1995) menyatakan bahawa "Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified". Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang. Winston Churcil menyatakan " empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda" Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya , pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan ,mengunpul maklumat , menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

2.0 Kandungan Komponen Komputer Dalam Pendidikan
Struktur kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 minggu komputer adalah seperti berikut
a) Asas Dinamika Guru
a) Pengajaran dan pembelajaran Bestari
i. Kemahiran Teknologi Maklumat
ii.Kemahiran Secara Kritis dan Kreatif
iii.Kemahiran Belajar
iv.Kemahiran Mentaksir dan Menilai
v.Pengurusan Pembelajaran Bestari

b) Komputer Dalam Pendidikan
a) Pengenalan Kepada Sistem Dan Rangkaian Komputer
i. Perkembangan Komputer Dan Teknologi Maklumat
ii. Komputer Dalam Pendidikan
iii. Perkakasan dan Perisian

b) Rangkaian Komputer
i. Pengenalan Kepada Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer
ii. Rangkaian Setempat (LAN)

c) Penyenggaraan Sistem Komputer dan Pengurusan Teknologi Maklumat di Sekolah
i. Penyenggaraan Sistem komputer
ii. Pengenalan kepada komponen dan fungsinya
iii Menanggal dan memasang semula komponen komputer
iv. Mengesan kerosakan dan penggunaan perisian ultiliti
v. Konfigurasi sistem komputer
vi. Penyediaan perisian
vii. Pengurusan fail
vii. Penyediaan Sistem rangkaian
ix Pengurusan dan penyenggaraan perkakasan

d) Pengurusan Teknologi Maklumat
a) Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti TM di sekolah
b) Penyediaan makmal komputer
c). Aspek keselamatan

e) Internet Dalam Pendidikan
a) Pengenalan Internet
i. Kegunaan internet
ii. Keperluan Perkakasan dan Perisian
iii. Penggunaan Internet Dalam Pendidikan
iv. Kemahiran Mencari Dan Menyimpan Maklumat Dari Internet
v. Isu-isu Semasa Berkaitan Internet

b) Pembinaan Laman Web
i. Mengenal contoh-contoh Laman Web
ii. Mengenalpasti contoh-contoh perisian yang berkaitan
iii. Pemilihan grafik dan muzik

3.0 Teori Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Teori-Teori pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan kepada para guru .

Menurut Arif Sukardi (1987), terdapat beberapa sebab teori-teori pembelajaran ini perlu dikuasai oleh guru, antaranya ialah seperti berikut:
a) teori pembelajaran membantu guru memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar itu sendiri.
b) guru dapat memahami keadaan dan faktor yang mempengaruhi, mempercepatkan atau melambatkan proses pembelajaran seseorang.
c) guru dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian .

a) Teori Tingkahlaku
Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris .Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan .Di antara pandangan atau definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan , pelaziman klasik,pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di antara prinsip-prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer ialah
a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya . Keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti tertenti yang melibatkan pelajar secara aktif seperti perbincangan dalam kumpulan, aktiviti amali, contohnya amali membuka dan memasang komponen perkakasan komputer.
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu. Contohnya dalam menyampaikan tajuk komponen perkakasan komputer bahan-bahan bantu mengajar seperti kertas edaran atau hand out disediakan terlebih dahulu di samping penggunanaan slaid powerpoint dapat menjelaskan sesuatu konsep atau fungsi dengan jelas.Ini memudahkan pelajar memahami tajuk yang diajar.
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar. Penglibatan dan perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan ganjaran atau rangsangan dengan tujuan untuk memotivasikan mereka bagi mengikuti pembelajaran seterusnya. Setiap respon pelajar perlu diberikan maklumbalas yang positif .
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi motivasi. Setiap kali pelakar berjaya melakukan sesuatu aktiviti ataupun memberikan respon yang betul atau baik maka ia perlu diberikan ganjaran untuk mengekalkan minat pelajar bagi meneruskan pembelajaran berikutnya. Contohnya dalam aktiviti kumpulan pemasangan komponen perkakasan komputer dalam kumpulan, guru boleh memberikan ganjaran seperti jumlah markah yang tinggi, kakat-kata pujian atau sebarang bentuk tindakan yang boleh memotivasikan pelajar.

Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behavioral) , terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran . Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas . Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer ,pada permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas mengenai perkakasan sistem komputer . Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu , sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru haruslah jelas dan berintonasi , susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid projektor . Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari . Sebagai contoh , guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu .

b) Teori Kognitif
Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus. Perubahan tingkahlaku dianggap cuma mencerminkan perubahan dalaman yang sukar untuk diperhatikan seperti pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran. Menurut Bruner untuk mengajar sesuatu tidak perlu menunggu sehingga kanak-kanak mancapai tahap perkembangan tertentu. Aspek pentingnya ialah bahan pengajaran harus disediakan dengan baik. Dengan lain perkataan perkembangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan cara mengatur bahan yang akan dipelajari dan menyajikannya sesuai dengan tingkat perkembangannya. Penerapan teori Bruner yang terkenal dalam dunia pendidikan adalah kurikulum spiral di mana bahan pelajaran yang sama dapat diberikan mulai dari tahap rendah sehingga ke tahap menengah, disesuaikan dengan tingkat perkembangan kognitif mereka. Cara belajar yang terbaik menurut Bruner ini adalah dengan memahami konsep, makna dan hubungan melalui proses intuitif dan seterusnya menghasilkan suatu kesimpulan.

Menurut Hartley & Davies (1976), prinsip-prinsip kognif dari beberapa contoh di atas banyak diterapkan dalam dunia pendidikan khususnya dalam melaksanakan kegiatan perancangan pembelajaran. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut
a) Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logik tertentu.
b) Penyusunan bahan pelajaran dari sederhana ke rumit. Pelajar harus lebih tahu tugas-tugas yang bersifat lebih sederhana.
c) Pembelajaran dengan memahami lebih baik dari pada menghafal tanpa pemahaman. Sesuatu yang baru harus sesuai dengan apa yang telah diketahui pelajar sebelumnya.
d) Tugas guru di sini adalah menunjukkan hubungan apa yang telah diketahui sebelumnya.
e) Adanya perbezaan individu yang harus diperhatikan dan faktor ini mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.

Kognitif berkaitan dengan mental,dan ianya berkait rapat dengan ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Ini boleh dilihat melalui teori Pemprosesan Maklumat. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat oleh pelajar . Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek. Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang. Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) dan kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks. Langkah langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat disampaikan seperti berikut.
a) Perhatian pelajar : Permulaan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru dan pengajaran. Contohnya dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa contoh perkakasan kompouter ke dalam kelas .
b) Membawa ingatan pelajar pada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari dan dikaitkan dengan topik yang kan diajar.
c) Penekanan terhadap isi pelajaran yang penting ( utama). Pengajaran pembelajaran sesuatu tajuk disampaikan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang bertepatan dengan tajuk yang akan disampaikan. Contohnya dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer beberapa handout
mengenainya diedarkan kepada pelajar sebagai banah panduan dan rujukan untuk mengikuti pengajaran guru. Di samping penyediaan slaid powerpoint yang baik dan dapat menjelaskan isi pelajaran yang disampaikan.
d) Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian . Contohnya seperti perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer .
e) Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima. Guru membantu dan memberikan bimbingan kepada pelajar untuk melaksanakan memahami dan pembelajaran .
f) Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru diterima
g) Pengulangan Contoh ialah mengingatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari (ingatan janga pendek) dan menyediakan

beberapa aktiviti atau latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas ( ingatan jangka panjang)

c) Teori Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. .

Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka sendiri hampir dalam semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan salah konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.

Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputeri. Dalam melaksanakan pengajaran perkakasan komputer pelajar aktif dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar dalam modul tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja amali. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat .

d) Teori Andragogi
Teori andragogi oleh Kowles adalah suatu percubaan untuk mengembangkan satu teori yang khas tentang pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang dewasa adalah terarah diri dan dijangka bertanggungjawab atas keputusannya. Program pembelajaran orang dewasa seharusnya menampung aspek asas ini. Andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang corak pembelajaran:
a) Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu
b) Orang dewasa perlu belajar secara eksperimen.
c) Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian masalah.
d Pembelajaran orang dewasa paling berkesan jika topik pelajarannya mempunyai nilai segera.

Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu berfokuskan lebih kepada proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti kajian kes, main peranan, simulasi, dan penilaian kendiri adalah paling berguna. Pengajar memainkan peranan sebagai fasilitator atau kakitangan resos dan kurang sebagai pensyarah atau penilai. Andragogi diaplikasikan kepada sebarang bentuk pembelajaran orang dewasa dan telah digunakan dengan meluasnya dalam mencorak lahan organisasi .

Knowles memberi satu contoh aplikasi prinsip-prinsip andragogi dalam desain latihan komputer peribadi:
a) Perlunya menjelaskan sebab sesuatu diajar (misalannya, arahan tertentu, fungsi, operasi .
b) Instruksi perlu berorientasikan tugasan dan bukan hafalan -aktiviti pembelajaran harus dalam konteks di mana tugas- tugas dilakukan.
c) Instruksi perlu mengambil kira pelbagai latar belakang pelajar; bahan dan aktiviti pembelajaran hendaklah disesuaikan dengan jenis/tahap pengalaman

penggunaan komputer yang berbeza.
Oleh kerana orang dewasa adalah terarah diri, instruksi haruslah membenarkan pelajar dewasa melakukan penemuan sendiri, dan memberi bimbingan dan bantuan jika kesilapan berlaku. Marzano dan Arredondo mengutarakan teknik pemprosesan mendalam (Deep Processing) yang menegaskan komponen-komponen pemikiran iaitu imej, sensasi, emosi dan linguistik. Untuk mengingati sesuatu perkara dengan baik, keempat-empat komponen dibangkitkan.

Prinsip-prinsip Andragogi adalah seperti beikut.
a) Orang dewasa perlu dilibatkan dalam perancangan dan penilaian instruksinya.
b) Pengalaman (termasuk kesilapan) menjadi asas untuk aktiviti pembelajaran.
c) Orang dewasa paling berminat mempelajari subjek yang mempunyai hubungan yang segera dengan pekerjaan atau kehidupan peribadinya.
d) Pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan masalah dan bukan berorientasi isi kandungan

4.0 Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Konsep pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai kaitan antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi sehingga sukar untuk dibezakan antara satu dengan yang lain. Walaubagaimanapun konsep pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai beberapa ciri tertentu. Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Menurut Edward M.Anthony (1963) ,pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran . Berdasarkan kepada itu pendekatan harus berlandaskan model,prinsip atau teori pembelajaran yang merangkumi perkara berikut:
• konkrit kepada abstrak
• mudah kepada kompleks
• keseluruhan kepada bahagian
• umum kepada spesifik
• spesifik kepada umum
• dekat kepada jauh
• diketahui kepada belum diketahui

Merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Mengikut Edward M.Anthony(1963) kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun,berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi,penyoalan,sumbangsaran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah,teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.

Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan,antaranya ialah;
• Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran
• Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
• Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran
• Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik.
• Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.
• Pengurusan kelas mengikut pendekatan,kaedah dan teknik mengajar yang dipilih.

5.0 Kaedah Dan Strategi Pengajaran Komputer Dalam Pendidikan
Menurut Tg. Zawawi , terdapat beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik ,antaranya ialah
a) Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang bermakna;
b) Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pengajaran pembelajaran;
c) Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan kemahiran generik;
d) Membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri;
e) Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari.
f) Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran bestari yang boleh membantu proses pembelajaran pelajar ke arah akses kendiri.

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran komputer . Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri. Dalam konteks pengajaran pembelajaran teknologi maklumat beberapa kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diaplikasikan ,antaranya ialah,

a) Perbincangan
Perbincangan ialah kaedah dan strategi yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajar di dalam kelas. Melalui kaedah ini pelajar dan guru bertukar-tukar fikiran mengenai tajuk yang terkandung dalam komponen asas komputer dan teknologi maklumat . Perkongsian dan pertukaran idea dan maklumat mengenai asas komputer dan teknologi maklumat dapat dilaksanakan. Guru hanya menjadi penyelia kepada sesi perbincangan yang diadakan. Sebelum sesi perbincangan ini dijalankan guru menjelaskan tujuan diadakan perbincangan , ini bagi membolehkan pelajar membuat persediaan mengenai topik yang akan dibincangkan. Pelajar memainkan peranan dengan aktif memberikan pandangan masing-masing mengenai tajuk. Pelajar akan mencatatkan idea-idea yang dibentangkan dan pada peringkat akhir rumusan dibuat oleh pelajar dengan bimbingan daripada guru . Perbincangan dijalankan secara keseluruhan kelas. Melalui perbincangan secara kelas ini, beberapa perkara telah dapat dimanafaatkan oleh guru dan pelajar,antaranya ialah
• Menggalakkan perkembangan mental pelajar di mana pelajar dapat
• memberikan idea mengenai tajuk asas komputer dan teknologi
• maklumat secara luas dan bebas,sistematik dan tepat.
• Pelajar dapat melatih diri berfikir dengan teliti, berbual dan mengemukakan soalan dan pandangan mereka mengenai tajuk dengan jelas.
• Pelajar dapat menggunakan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain di samping memupuk semangat bekerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang positif. Kemahiran lisan dapat dapat diperkukuhkan.

d) Sumbangsaran
Sumbangsaran atau percambahan fikiran juga digunakan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran asas komputer dan teknologi maklumat. Melalui aktiviti ini satu sesi perbincangan dilaksanakan yang membolehkan setiap pelajar mengemukakan pendapat dan idea terhadap satu tajuk . Melalui sumbangsaran ini ,pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi di antara empat hingga lima orang setiap kumpulan . bagi setiap kumpulan diberikan satu topik perbincangan dan ahli kumpulan akan menyumbangkan idea dan pandangan yang dicatat oleh seorang pelapor setiap kumpulan yang dibentuk.Topik-topik yang dipilih adalah yang terkandung dalam sukatan iaitu asas komputer dan teknologi maklumat da ianya sesuai dengan kebolehan pelajar . Sebelum menjalani sesi ini pelajar terlebih dahulu diberikan panduan oleh guru. Pelajar dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan analitis. Di samping itu juga dapat memupuk semangat kerjasama berkongsi maklumat antara satu sama lain. Pelajar juga dilatih supaya berusaha menyelesaikan masalah penting sesama mereka.

e) Tunjukcara
Tunjukcara merupakan salah satu teknik yang dilaksanakan dalam pengajaran asas komputer dan teknologi maklumat. Teknik ini juga dikenali sebagai demonstrasi. Melalui teknik ini guru akan memberikan penerangan dan demonstrasi mengenai sesuatu isi pelajaran sebaliknya pelajar hanyalah melihat dan mendengar apa yang disampaikan .Contohnya teknik tunjukcara ini dilaksanakan dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer dimana guru terlebih dahulu menentukan tajuk,objektif dan kandungan isi pelajaran kepada pelajar. Alatan turut disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah tertentu . Guru melakukan tunjukcara membuka dan memasang komponen perkakasan komputer Semasa melakukan demonstrasi beberapa soalan dikemukakan kepada pelajar untuk menarik perhatian mereka terhadap isi pelajaran dan menguji kefahaman mereka terhadap penyampaian guru . Beberapa bahagian utama dan penting akan dibincangkan dengan pelajar selepas tunjukcara, ini adalah untuk memastikan pelajar mengikuti setiap langkah yang diterangkan semasa demonstrasi tadi. Pelajar juga diberikan peluang untuk melakukan aktiviti demonstrasi seperti mana yang ditunjukkan oleh guru sebelum itu.

Teknik demonstrasi atau tunjukcara ini telah memberikan beberapa kebaikan dan kesan kepada pelajar, antaranya.
• Pelajar telah dapat mencontohi apa yang ditunjukkan dengan lebih mudah dan tepat.
• Dapat mengukuhkan ingatan pelajar mengenai tajuk dan langkah-langkah untuk melaksanakannya.
• Pelajar lebih mudah memahami isi pelajaran dan menimbulkan minat untuk belajar.
• Kesilapan pelajar dapat dibetulkan oleh guru, ini secara tidak langsung membaiki kualiti pengetahuan pelajar.

f) Projek
Tujuan kaedah ini ialah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Guru menyediakan tajuk projek dan pelajar akan memilihnya mengikut kesesuaian. Garis panduan disediakan dan merangkumi maklumat tentang :
• Tujuan projek
• Hasil yang akan diperolehi
• Prosedur-prosedur khusus yang mesti dipatuhi.
• Tarikh akhir menyiapkan projek.
Ativiti ini dijalankan selepas pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentu secara berpasangan. Pelajar menjalankan beberapa kaji selidik mengenai penggunaan komputer oleh guru sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ,pengetahuan guru-guru sekolah tentang jenis-jenis komputer dan perbandingan harga setiap komponen-komponen utama sistem komputer . Melalui projek ini pelajar telah membuat pemerhatian,mengumpul maklumat,menganalisis data serta membuat rumusan. Sebelum dilaksanakan projek ini, topik kajian telah ditentukan terlebih oleh guru. Tujuan dan langkah menjalankan kaji selidik telah ditentukan terlebih dahulu untuk memudahkan mereka membuat kajian. Bimbingan diberikan oleh guru dan hasil kaji selidik dibincangkan dan penilaian dibuat selepas aktiviti kajian selesai dijalankan.

Kaedah projek yang dilaksanakan ini telah memberikan kelebihan kepada pelajar,antaranya:
• Memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri.
• Pelajar dapat menggunakan deria mereka untuk memerhati,menganalisis,mentafsir serta membuat rumusan.
• Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di kelas dapat digunakan dalam situasi sebenar.


g) Pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
• saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
• saling berinteraksi secara bersemuka,
• akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
• kemahiran koperatif, dan
• pemprosesan kumpulan


Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Pengajaran rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting. Dalam kaedah ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan pelajar dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap pelajar diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, pelajar akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan pelajar. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

h) Pembelajaran Kolaboratif
Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar. Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak langsung kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar.

i) Pembelajaran Anjal
Pengajaran dan pembelajaran modul tidak semestinya dijalankan pada jadual waktu rasmi. Pembelajaran anjal melibatkan masa pelajar belajar dan kurikulum harus dirancang dengan sebaiknya disamping mewujudkan jadual waktu anjal. Dalam kaedah pengajaran pendidik guru harus diambil kira perbezaan pelajar itu sendiri. Maka pembelajaran anjal harus dilaksanakan diluar waktu pembelajaran kelas biasa.

j) Kaedah Menyoal
Kaedah menyoal digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas komputer dan teknologi maklumat. Melalui kaedah ini pemikiran pelajar dirangsangkan dengan beberapa soalan dikemukakan kepada pelajar. Melalui penyoalan ini pelajar perlu melaksanakan perkara-perkara berikut :
• Mengingat semula fakta, prinsip atau generalisasi yang spesifik.
• Menunjukkan kefahaman dengan cara menyatakan atau menerangkan sesuatu.
• Menganalisis maklumat dengan cara mendapatkan hubungan baru antara idea,prinsip prinsip yang terlibat dan implikasi yang timbul.
• Mengsintesis maklumat dengan cara mencantumkannya dalam pelbagai cara
• Menilai maklumat dengan menggunakan kriteria tertentu sebagai alasan atau hujah.


Dalam penyoalan , aras penyoalan adalah mengikut tahap apa yang telah diletakkan dalam Taksonomi Bloom iaitu dari peringkat pengetahuan sehinggalah ke peringkat sintesis atau penilaian bergantung kepada kecerdasan pelajar. Bahan pelajaran yang sama dapat diberikan mulai dari tahap rendah sehingga ke tahap menengah, disesuaikan dengan tingkat perkembangan kognitif pelajar. Pelajar yang lemah akan diberi lebih banyak soalan berbentuk pengetahuan dan kefahaman. Pelajar cerdas, penumpuannya lebih kepada soalan aplikasi dan dan analisi. Sebagai contoh dalam tajuk Perkakasan Komputer, guru mengemukakan soalan aras pengetahuan di mana pelajar perlu mengetahui nama-nama komponen yang diperkenalkan dan kemudian memberi maklum balas apabila ianya disoal

k) Pembelajaran Kendiri
Melalui kaedah pembelajaran ini pelajar akan lebih berdikari di dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat khususnya dalam memahami sesuatu tajuk yang . Menurut Rogers (1994) pembelajaran kendiri adalah sama dengan perubahan dan pembesaran seseorang, secara semulajadi semua manusia mempunyai keinginan untuk belajar. Malalui pembelajaran kendiri ini, pensyarah hanyalah bertindak sebagai fasalitator melaksanakan tugas-tugas seperti di bawah ,
• Membina suasana pembelajaran yang positif.
• Menjelaskan maksud pelajar.Menyusun dan membina sumber maklumat.
• Menyeimbangkan di antara komponen kecerdasan dan emosi.
• Berkongsi perasaan dan pandangan dengan pelajar dan bukan cuba untuk menguasainya.


Pembelajaran kendiri dapat dipraktikkan oleh pelajar dalam pembelajaran asas perkakasan komputer. Contohnya pelajar mendapatkan maklumat mengenai pelbagai jenis perkakasan komputer dan fungsinya dari pelbagai sumber maklumat.

l) Penerapan Nilai-Nilai Murni
Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, penerapan nilai-nilai murni perlulah dilakukan walau dengan apa kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Dalam pengajaran subjek Komputer Dalam Pendidikan ini telah diterapkan dengan beberapa nilai murni agar pelajar-pelajar dapat dibentuk ke arah yang positif. Nilai-nilai murni yang akan diterapkan adalah seperti: a) Berdikari
b) Bekerjasama
c) Tepati masa
d) Sabar

Penerapan nilai murni di atas dapat diterapkan secara tidak langsung dalam beberapa aktiviti pengajaran pembelajaran.Contohnya dalam aktiviti kumpulan melakukan proses membuka dan memasang komponen komputer serta mengenali fungsi perkakasan komputer , pelajar akan bekerjasama dan melakukan aktiviti yang ditetapkan dengan penuh minat dan sabar, disamping mengikut jangkamasa yang ditetapkan untuk menyiapkan sesuatu aktiviti.

m) Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir secara kritis ialah proses menggunakan minda untuk menilai, meneliti dan membuat pertimbangan mengenai sesuatu idea, isu, masalah atau fenomena berdasarkan bukti-bukti yang ada. Pengajar hendaklah memasukkan aspek-aspek kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Ia akan menyebabkan pelajar-pelajar terangsang dengan pengajaran dan pembelajaran agar objektif perisian boleh dicapai. Dalam kemahiran berfikir, antara perkara-perkara yang ditekankan ialah seperti membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, menyusun mengikut urutan, menyusul periksa andaian dan membuat ramalan.

n) Pembelajaran Aktif
Dalam strategi pembelajaran aktif, pelajar bukan sahaja belajar dari dari guru malah pelajar boleh mendapatkan maklumat menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Pelajar akan mendapatkan maklumat yang diperlukan secara sendiri yang dikatakan akses kendiri. Pelajar digalak untuk meneroka dan mendalami bidang ilmu tertentu supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang.