Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga mahasistua di menara gading, upsi. Bersabarlah untuk menempoh segala dugaan yang mendatang..

About Me

My photo
Be humble always and stay evergreen..

Friends

Apakah perubahan yang anda lakukan sekiranya menjadi Guru Besar Berkesan?

Saturday, April 24, 2010

PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)

sumber oleh: Ummi Munaliza on 26 April, 2009, 12:53:11 PM
--------------------------------------------------------------------------------

1)Bentuk kolonialisme baru dunia

Globalisasi merupakan satu proses meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit. Sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan, “globalisasi” didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia semakin mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku seperti globalisme, era teknologi maklumat, kapitalisme, dan liberalisme memberi kesan yang amat besar terhadap kemerdekaan. Kolonial baru dan tatacara baru dunia merupakan rancangan kuasa Barat untuk menakluki semual kebebasan yang telah dicapai oleh negara-negara membangun. Globalisasi telah meluaskan lagi pengaruh kolonialisme baru terhadap negara-negara membangun. Negara membangun yang masih lemah dari segi teknologi maklumat tidak dapat menyekat perkembangan teknologi maklumat yang mengancam kemerdekaan yang dicapai. Globalisasi merintis gelombang perubahan baru dunia yang mengukuhkan lagi asas ideologi tatacara percaturan baru dunia. Penjajahan bentuk baru, khususnya melalui internet terhadap negara membangun merupakan agenda politik yang mengancam kemerdekaan negara membangun.

Di samping itu, dengan runtuhnya beberapa ideologi politik dunia yang sangat berpengaruh seperti komunisme, dan sosialisme adalah dipercayai bahawa percaturan adalah dipercayai bahawa percaturan politik tatacara baru akan mengancam kemerdekaan negara-negara membangun. Usaha bagi membawa demokrasi ala-Barat menimbulkan masalah di negara membangun kerana keadaan politik dan sistem sosial di negara membangun adalah amat berbeza dengan negara-negara Barat.

No comments:

Post a Comment