Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga mahasistua di menara gading, upsi. Bersabarlah untuk menempoh segala dugaan yang mendatang..

About Me

My photo
Be humble always and stay evergreen..

Friends

Apakah perubahan yang anda lakukan sekiranya menjadi Guru Besar Berkesan?

Thursday, March 11, 2010

PERSONALITI UNGGUL



Satu tabiat buruk yang menjadi barah di dalam masyarakat kita adalah tabiat ‘melabel’ dan berprasangka buruk tanpa usul periksa. Istilah-istilah seperti ‘barua’ dan tali barut’ adalah antara label yang sering digunakan dalam masyarakat kita sehingga memecah belahkan perpaduan. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengaku umat sesiapa yang suka berburuk sangka.
Sesetengah orang menyangka bahawa dia boleh mengenalpasti personaliti orang lain dengan hanya melihat gerak geri orang yang hendak di’tafsir’. Walaupun menurut kajian yang telah dijalankan, bahasa badan memainkan peranan sekurang-kurangnya 55% di dalam proses komunikasi, ia tidak bermakna kita boleh mentafsir personaliti seseorang dengan hanya melihat tingkah lakunya.
Tingkah laku dan personaliti adalah dua perkara yang berbeza. Pakar-pakar personaliti sekalipun tidak dapat mengatakan, “Orang itu suka selalu dibelai kerana daripada pertuturannya dia seorang yang mudah mesra dan banyak meluahkan emosi.” Ini kerana personaliti manusia melibatkan integrasi antara akal, emosi dan tingkah laku, sedangkan apa yang dapat dilihat hanyalah tingkah laku manusia.
Kesan daripada tabiat suka melabel orang lain ialah hilangnya kepercayaan, perpecahan dalam organisasi dan menjatuh integriti seseorang. Oleh itu, jangan terlalu cepat membuat andaian hanya berdasarkan pemerhatian. Pepatah Inggeris ada menyatakan, “Don’t judge a book by it’s cover” (jangan mengadili buku hanya dengan melihat kulitnya).

4 comments:

  1. Buatlah setiap perkara dengan jujur amanah tanpa dilihat orang, Tuhan akan tahu apa yang sedang kita buat. Pungutlah pahala sentiasa, nanti dapat kebaikan sejati.Tahu erti kesyukuran akan mendatangkan kebahagiaan dan ketenangan. Life Is Fun.

    ReplyDelete
  2. Never look down one person by his / her apperance. Pepatah Cina berbunyi"jangan mengadili seseorang dengan mimik mukanya"
    Itulah butiran kata emas yang dituruni dari nenek moyang kita. Jadi tepuk dada tanya selera...

    ReplyDelete
  3. Ya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang kita hanya melihat kepada kesalahan tanpa menyelidiki dahulu pekara sebenar.Jika terkena pada kita ,kita senyap dan pada orang lain kita .....

    ReplyDelete